GP MIND HYPNOSIS (METODE PELAJARAN SINGKAT, PANTAS DAN NYATA HASIL GABUNGAN MINDSET, ILMU HAQ DAN GEMBLENGAN ILMU METAFIZIK)
Saturday, 24 July 2021
Thursday, 24 June 2021
Peserta: Tuan Ismail
Dari: Kuala Lumpur
Program: Tahap Khas
Kerjaya: Inspektor PDRM
Tarikh: 25hb Jun 2021/Pkl11.00pagi
Semua Testimonial dibawah tidak disunting dan diubah bagi membuktikan impak/kesan yang peserta rasai untuk membuktikan keilmuan ini mampu dilihat serta dibuktikan serta merta.
"Memang terkejut juga dan terbukti keilmuan yang disalurkan kepada saya ini dan sukar dipercayai keistimewaan ini benar-benar wujud. Benar-benar amat kagum dan tidak menyangka yang diri saya punyai kebolehan perbagai bagi melengkapkan kehidupan yang lebih baik lagi dimasa akan datang. Dalam kerjaya saya lebih komited serta berdisiplin dalam menjalankan amanah yang diberi ini. Tidak akan melupakan sampai bila-bila pun saat pengijazahan keilmuan tadi. T.kasih Tuan Guru Mohd Faizal atas pengisian yang tidak disangka ini dan amat-amat terkesan seumur hidup ini bahawa saya mampu buat pilihan serta memilih jalan yang saya tentukan sendiri.
Tuesday, 22 June 2021
Perjumpaan bersama individu yang sangat berpengaruh dalam dunia politik. Juga merupakan individu yang telah sekian lama bergelut dalam politik serta mempunyai pengalaman yang luas. 22hb Jun 2021/Pkl 11.30pagi. Telah membuat kesepakatan serta perjanjian bersama Guru Besar Gpmindhypnosis iaitu En Mohd Faizal berkenaan dengan keilmuan. Juga bagi mengatur diri beliau agar mendapat Manfaat besar didalam program ini.
Peserta: En Isa Abdul Rauf
Dari: Johor ( Pasir Gudang )
Program: Tahap 3 dan Khas
Kerjaya: Pengurus Kilang
Tarikh: 22hb Jun 2021/Pkl8.00mlm
Alhamdulillah..Program bermula dan tamat dengan sempurna. Seperti individu lain, Saya pun tidak terkecuali dengan perasaan was-was ketika mula mengikuti pengijazahan dari Tuan Faizal ini. Akhirnya dengan keberanian dan tawakkal penuh menerima keilmuan ini. Sungguh tidak disangka-sangka ketika melepaskan sangka-sangkaan dan fikiran yang mempertikaikan proses keilmuan ini tiba-tiba 1 ledakan yang kuat seperti gelombang angin ( Rahsia). Sebelum ini menerima pengijazahan keilmuan bagi tahap 1 dan 2 pun bukan begitu yang dilihat dan dirasai. Kini baru sedar yg pengijazahan terbaru ini bukan biasa2 kerana telah banyak ilmu yg dipelajari selama ini namun yg pasti bukan seperti ini. Ibadah pula Subhanallah sujud syukur 3 kali ke hadrat pencipta yg maha kuasa. T.kasih tuan faizal moga diberkati diri dan keluarga beliau. Amiin
Thursday, 17 June 2021
Peserta: En Jazlan
Dari: Melaka
Program: Tahap Khas dan Anugerah ke 3 keilmuan kelebihan dan keistimewaan.
Kerjaya: Usahawan
Tarikh: 17hb Jun 2021
Beliau merupakan diantara peserta terbaik pada program Gpmindhypnosis kerana tidak sampai setahun, beliau mampu meledakkan usaha dengan berkali-kali ledakan dan merubah kehidupannya. Di Tahap Terbaik ini, 2 kelebihan dan keistimewaan Khas tambahan yang di Anugerahkan oleh Guru Besar Gpmindhypnosis iaitu En Mohd Faizal bagi menguatkan diri serta usaha yg akan dijalankan beliau agar menampakan hasil Semaksima mungkin serta mempercekatkan proses ledakan usaha yang dilaksanakan. Keilmuan bersifat nyata serta nampak lagi terang. Telah siap sedia dibuktikan didepan beliau setiap pengisian ilmu ini serta fungsinya. Agar beliau mampu membawa diri dan keunggulan dirinya terserlah bagi menerobos peluang serta cabaran didalam usahanya.
Peserta: En Nuruddin
Dari: Johor
Program: Tahap Khas
Kerjaya: Pemandu Lori
Tarikh: 13hb Jun 2021/Pkl11.30mlm
Alhamdulillah. Peserta ini telah membuat pengajian ke dua kalinya pada bulan Jun 2021 ini. Pada 2 jun telah menyambung pengajian di tahap 2 dan 3. Kini pada 12 hb pula menyambung di tahap khas. Syabas atas kesedaran beliau. Keilmuan yang nyata mampu dilihat memberi kesan yang hebat pada individu ini. Setelah sekian lama pencarian beliau di serata tanah air, kali ini keilmuan yang didambakan beliau wujud dan telah pun mampu menguasai sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah dengan izin pencipta kini tamatlah pencarian ilmu dalam hidup saya.
Wednesday, 16 June 2021
Peserta: Mohd Nur Firdaws
Dari: Selangor
Program: Tahap Khas
Kerjaya: Engineer
Tarikh: 13hb Jun 2021/Pkl9.00mlm
Alhamdulillah. Program berjalan dengan lancar. Peserta merasai 100% pengijazahan yang diberikan pada mlm itu. Beliau mampu mengaplikasikan keilmuan sesuai dalam kehidupannya. Malah saat itu juga beliau telah menyalurkan keilmuan pada isterinya agar kelebihan mampu dicapai bersama seiring kehidupan. Setiap ajaran keilmuan akan terus diguna pakai serta dipraktikal saat itu juga agar peserta paham dan tahu bagaimana ingin mengarahkan kelebihan dan keistimewaan supaya direlisasikan dalam kehidupan serta merta. Semoga beliau mampu memegang amanah keilmuan dengan jujur serta memanfaatkan dalam kehidupan yang akan datang..






