Kita
adalah hamba ALLAH yang lemah, hina, daif dan jahil. Tidak ada walau
sebesar zarahpun kelebihan dan kesempurnaan pada diri kita. Hanya ALLAH
yang Maha Sempurna. Sebab itulah, dengan setitik ilmu dari lautan yang
luas, kita tidak boleh sombong dan bermegah. Sifat sombong, megah,
takbur dan ujub adalah untuk ALLAH sahaja. Kita tetap hamba dan
hendaklah sentiasa sedar akan kehambaan kita. Tak kira seandainya kita
boleh terbang ke langit biru, berenang di lautan nan luas dan meluncur
laju dijalanan, semua itu adalah milik ALLAH jua. Kita tidak memiliki
apa-apa walaupun sebesar bulu roma sekalipun. Semua yang kita dapat
hanyalah anugerah ALLAH dan ianya milik ALLAH. Sayangilah
ALLAH melebihi sayangnya kita pada diri sendiri, melebihi sayangnya
kita pada ibu dan bapa, melebihi sayangnya kita pada keluarga dan
melebihi sayangnya kita pada harta. Kasih sayang ALLAH kepada hambaNya
melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kuasa minda adalah
milik ALLAH, ilmu kebatinan adalah milik ALLAH, segala-galanya milik
ALLAH. Langit dan bumi adalah milik ALLAH. Rasa kehambaan yang mendalam
akan memberikan ketenangan dan keredhaan pada ALLAH. Jangan sekali-kali
merasakan setiap yang ada, setiap yang dapat dan setiap yang dianugerahi
adalah milik kita. INGATLAH.......kita milik ALLAH, kita adalah hamba
ALLAH.
HUKUM DAN PANDANGAN SEBENAR
Dalam pengajian Melayu dan Arab, hipnosis dipanggil 'Kaedah Tidur' yang dikatakan berasal daripada peristiwa Israk dan Mikraj seperti yang diceritakan dalam surah Al-Israk (17: 1), yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Berikutan peristiwa itu, orang kafir Makkah menghasut orang Islam dengan mengatakan mustahil manusia boleh naik ke langit sehinggalah ramai yang murtad. Dikisahkan, Rasulullah diperintahkan untuk membuktikan manusia boleh naik ke langit, maka dikumpulkan orang (di masjid), kemudian Baginda duduk menyandarkan belakangnya serta meminta semua orang bertanyakan apa yang boleh meyakinkan mereka. Ramailah yang bertanya apa yang ada di sepanjang jalan antara kedua-dua tempat itu dan Baginda pula memberi jawapan yang tepat tanpa pergi secara fizikal.
Akhirnya mereka mengakui kebenaran Rasulullah kerana orang yang tinggal di situ pun tidak mampu menjawab berapa jumlah anak tangga masjid berkenaan. Golongan yang murtad kembali kepada Islam dan bertambah ramai orang kafir memeluk Islam.
Kaedah tidur sudah digunakan Ibnu Sina bagi membedah orang tanpa bius. Ketika zaman yang tiada elektrik dan sinar-X, beliau menggunakan kaedah ini untuk mengesan sakit dalam perut dan bahagian mana perlu dibedah. Alat pembedahan dan rajah anatomi badan yang dilukis diterima sehingga sekarang dan beliau mendapat gelaran Bapa Perubatan Moden.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.