Friday, 11 June 2021


Peserta: Tuan Zxxxxxxx

Menetap: Pahang

Program: Tahap 3 dan Khas

Kerjaya: PDRM

Tarikh: 11hb Jun 2021/8.00mlm


" Pengajian sebelum ini telah pun berbagai keistimewaan diperolehi dari program tuan faizal. Dari kehidupan hinggalah kerjaya. Disini saya kongsikan satu pengalaman yang nyata dimana diri saya kini amat berlainan. Pandangan mata menjadi teliti disetiap tindakan serta dalaman diri amat bersedia dari apa sahaja segi baik kehidupan atau kerjaya. Pengisian keilmuan kali ini amat tidak disangka dan amat memeranjatkan kerana secara mengejut tenaga diri datang mendadak hinggakan isteri serta anak pun tersentak dengan suasana malam yang berubah serta merta. Kesihatan yang tidak mampu diucapkan sama sekali. Syukur kehadrat ilahi kerana memberi peluang pada diri ini".



Peserta: Muhamad Atiq

Asal: perlis

Program: Tahap 3

Kerjaya: Pelajar Universiti

Tarikh: 10hb Jun 2021


Lanjutan ke tahap ini memang satu perubahan yang sangat besar pada diri saya. Pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Pengisian yang dibuat oleh tuan faizal sgt diluar dugaan. Dalam hitungan minit ledakan yang berlaku atas diri ini mampu meraih satu tenaga yang besar yang tidak seperti sebelum ini. Nampak perkara yang ingin dilakukan serta hala tuju lebih jelas lagi. Pengisian ini sama sekali merubah pandangan saya tentang ilmu sebenar selama ini. Seluruh panca indera kini sangat tajam malah setiap aturan kehidupan diperlihatkan sekilas. Subhanallah..

Thursday, 3 June 2021


Program Gpmindhypnosis ( PJJ ) 2hb Jun 2021/Pkl 8.00mlm. Lanjutan program ke tahap 2 dan 3. Saudara Nuruddin dari Johor ( Yong Peng ). Kerjaya pemandu lori. Memulakan pengajian pada Disember 2020 dengan menyertai tahap 1. Hampir 7 bulan beliau telah memegang keilmuan ini merasakan begitu bnyk perubahan ketara dari diri dan keluarganya. Perubahan yang sangat ketara apabila kawan-kawan dan keluarga mula yakin dan meletakkan kepercayaan pada dirinya. Dari segi dalaman pula sungguh mantap dan sgt terkesan dalam diri ini. Seolah-olah ada daya tarikan yang kuat untuk berurusan dengan sesiapapun agar mempercayai diri ini. Kini telah membuat keputusan menyambung pengajian ke tahap lebih baik untuk kehidupan yang akan dtg. T.kasih tuan faizal guru besar gpmindhypnosis dengan keilmuan yang diberi 

Friday, 28 May 2021


 Program Gpmindhypnosis (PJJ) 28hb Mei 2021/Pkl8.00mlm. Saudara Haziq dari Kuala Lumpur juga seorang penuntut Universiti. Melanjutkan ke tahap 3. Memulakan pengajian pada April 2019 dengan mengikuti tahap 1 dan 2. Betapa besar perubahan yang dirasakan kini setelah menguasai keilmuan ini. Kehidupan malah menjadi mudah dan senang disusun. Ibadah pula semakin terkesan didalam kehidupan dan kelebihan yang dirasakan mungkin tidak sesuai diceritakan kerana setiap ahli mengambil tahap yg berbeza jadi tidak mahu ada yg rasa kekurangan nanti atau merasa dirinya lebih. Setakat ini amat berpuas hati dan inilah sebab mengapa meneruskan ke tahap seterusnya. Setelah membuat lanjutan ke tahap lebih tinggi, sungguh Pencipta Maha berkuasa dan sujud syukur 3 kali dan Subhanallah..

Monday, 17 May 2021


Program Gpmindhypnosis ( PJJ )17hb Mei 2021/Pkl12.00Tghri. Peserta dari Kuala Lumpur merupakan Pegawai dari PDRM Lanjutan ke Tahap 3 dan Khas sekaligus.

#Semua Testimonial dibawah tidak disunting dan diubah bagi membuktikan impak/kesan yang peserta rasai untuk membuktikan keilmuan ini mampu dilihat serta dibuktikan serta merta#

"Memang terbaik dan terbukti keilmuan yang disalurkan kepada saya ini dan sukar dipercayai keistimewaan ini wujud. Benar-benar amat kagum dan tidak menyangka yang diri saya punyai kebolehan perbagai bagi melengkapkan kehidupan yang lebih baik lagi dimasa akan datang. T.kasih Tuan Guru Mohd Faizal atas pengisian yang tidak disangka ini"

Sunday, 16 May 2021


Program Gpmindhypnosis ( PJJ ) 16 Mei 2021/Pkl10.00mlm. En Ilyas Marzuki ( Pesara ) dari Johor Simpang Renggam. Telah mengikat perjanjian pertauliahan Keilmuan Program Khas Tertinggi dan secara langsung menamatkan pengajian di Gpmindhypnosis. Memulakan pengajian pada September 2019 dengan mengambil tahap 1, 2 dan 3 secara berperingkat selama 2 tahun. " Sesuatu yang diluar jangkaan saya apabila memperolehi sesuatu yang langsung tidak difikirkan. Apabila diamati rupanya memang benar keilmuan ini sangat menarik serta mempunyai keistimewaan diluar batasan. Kuasa terpendam didalam diri ini rupanya sangat dasyat dan diluar kemampuan manusia biasa. Isteri saya pun begitu terperanjat dgn perubahan yg dilihat pada diri saya. Sungguh tidak sangka rahsia ini buat diri saya terkagum-kagum. Buat tuan Faizal moga dirahmati dan keberkatan sentiasa berada dipihak tuan sentiasa. Amiin

Wednesday, 12 May 2021