Wednesday, 27 March 2019

Insyaallah selesai Pengijazahan Keilmuan ini sembahyang@solat para peserta, akal, hati dan fizikal telah dapat dikawal dan sudah dapat menghayati solat. Apabila menyebut Alhamdulillah, hati terasa bersyukur dan akal memahaminya. Bila berdiri tegak, anda dapat merasakan bahawa diri sedang menghadap Tuhan. Bila bertasbih, terasa dirinya kerdil dan hina di hadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, hati sentiasa rasa mengharap. Solat beginilah yang melahirkan rasa kehambaan. Bahkan dapat merasakan kelazatan di dalam solat.

Wednesday, 13 March 2019

Assalammualaikum..
Peserta yg ingin sertai program Gpmindhypnosis diharuskan membuat solat sunat Istikharah 2 rakaat bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan yg tepat dalam menyertai Program Gpmindhypnosis ini. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;

Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

Insya-Allah Allah S.W.T akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul tanpa rasa curiga serta was-was pada Program Gpmindhypnosis..Wassalam..

Monday, 4 March 2019

Kursus ini di khaskan untuk anda yang ingin sembuh serta merta dari segala masalah penyakit yang nyata dan melibatkan spiritual serta dalam masa yang sama bertekad ingin menjadi perawat yang memiliki keilmuan kerohanian tinggi yang mampu membantu masyarakat bagi memecahkan masalah kehidupan.