Wednesday, 19 September 2018

Terdapat perawat-perawat yang mengajarkan ilmu-ilmu kebatinan yang bukan berasal dari ajaran Islam kepada pesakit atau murid-murid mereka. Antaranya ialah ilmu dan amalan pelindung diri (seperti ilmu kebal dan ilmu ghaib) ataupun ilmu pelindung kediaman (seperti pendinding dan pagar rumah). Terdapat juga pengamal seni bela diri yang menggunakan nama-nama tokoh Islam sebagai sandaran asal usul amalan mereka. Sebagai contoh, Ilmu Persilatan Saidina Umar, Ilmu Persilatan Saidina Ali, Ilmu Persilatan Sheikh Abdul Kadir Al Jailani dan lain-lain nama lagi. Ilmu-ilmu sebegini tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW. Malah, Baginda SAW sendiri berperang dan mengalami kecederaan. Apa yang Baginda anjurkan kepada umatnya adalah agar memagar diri dengan iman dan taqwa kepada Allah, bukan kepada yang selainNya.
Kekeliruan untuk memahami tipu daya syaitan dalam hal tersebut bukan sahaja berlaku dalam masyarakat pada hari ini, bahkan telah pun berlaku sejak zaman terdahulu.
Mengikut dari pengalaman saya sendiri, bertapa ini sebenarnya adalah suatu proses penebus diri atau peringkat persediaan diri utk menerima amalan2 kerohanian@kebatinan yang tinggi.Tidak dinafikan ada juga amalan2 bertapa ini dari sesetengah perguruan@silat yang bertujuan utk mendapat dampingan dengan makhluk2 halus dan amalan ini di bungkus kemas dgn ayat suci al quran bagi menutup kesyirikannya... Semoga amalan2 yang khurafat dan syirik ini dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian kita. Insyaallah di Perguruan Gpmindhypnosis ini tidak memerlukan cara begini bagi memantapkan diri anda..

Thursday, 13 September 2018

Mencari Allah itu bukan didalam gua, bukit, mesjid, surau dan bukan di Mekah atau di negeri Cina,
Tempat mencari Allah itu, ada didalam diri masing-masing. Belajarlah mengenal diri (roh), agar Allah dapat kita kenal dengan terang dan nyata

Insyaallah selesai Pengijazahan Keilmuan ini sembahyang@solat para peserta, akal, hati dan fizikal telah dapat dikawal dan sudah dapat menghayati solat. Apabila menyebut Alhamdulillah, hati terasa bersyukur dan akal memahaminya. Bila berdiri tegak, anda dapat merasakan bahawa diri sedang menghadap Tuhan. Bila bertasbih, terasa dirinya kerdil dan hina di hadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, hati sentiasa rasa mengharap. Solat beginilah yang melahirkan rasa kehambaan. Bahkan dapat merasakan kelazatan di dalam solat.
INSYAALLAH, INDIVIDU YANG MENGUASAI KEILMUAN INI MAMPU MEMBUAT PELBAGAI JENIS RAWATAN FIZIKAL MAHUPUN SPIRITUAL, RAWATAN SECARA HADIR ATAU PUN JARAK JAUH YANG KESANNYA TERBUKTI SAMA HASILNYA. DAPAT MENINGKATKAN AMAL IBADAH SEHARIAN, DISEGANI MASYARAKAT MALAH PENDAPATAN ANDA JUGA AKAN BERTAMBAH DARI MASA KE MASA

Monday, 10 September 2018

Program Gpmindhypnosis ini tidak memerlukan segala batu, azimat, kayu, cincin, barang atau minyak2 untuk mendapatkan sesuatu hajat. Kepercayaan terhadap kekuatan dan keajaiban batu serta barang berunsur khurafat dan syirik yang menyekutukan Tuhan.